Interaksi Mac 2011

Posted: March 18, 2011 in Nota Kuliah

Assalamualaikum & salam perpaduan buat teman2 semua……….

Alhamdulillah….berkat kesabaran kita berjaya melalui Interaksi kali ini dengan jayanya walaupun terdapat banyak halangan dan dugaan….Tahniah buat semua teman…ses ungguhnya Bina Insan Guru yang lebih sinonim dengan akronim BIG telah menduga kesabaran dan ketahanan mental & fizikal kita tapi semua teman melaluinya dengan rasa gembira dan bangga…..BIG telah merapatkan jurang antara kita,,,memberi ruang untuk mengutamakan kerjasama dalam kumpulan…saling menghormati, toleransi dan percaya mempercayai…..

Tidak cukup dengan itu kita teruji apabila dikehendaki memurnikan KKBI2 yang telah hampir siap malahan ada yang telah siap…Syabas kepada yang telah berjaya menyiapkan semua KKBI,, kepada yang belum berjaya siapkan @ murnikan,, harap-harapnya tempoh lanjutan yang diberikan digunakan sebaik-baiknya untuk menyiapkan tugasan2 yang masih tertunggak…

Jadual kuliah yang ketat juga telah banyak mendisplinkan kita dengan pengurusan masa yang lebih efisien…..

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki untuk interaksi Mei-Jun 2011 nanti…Sekali lagi kita akan diuji dengan UAK…..saya doakan agar kita semua sekali berjaya melalui UAK akan datang dengan tenang dan sukses…..

Secara peribadinya saya memohon maaf andai sepanjang Interaksi Mac ini saya terlepas bicara terkasar bahasa dan menyinggung perasaan….halalkan jua makan & minum kala bersama….

SELAMAT MAJU JAYA…..semangat juang teman2 amat saya kagumi dan pandang tinggi…sehingga jumpa lagi….

Jadual Kuliah Interaksi Mac

Posted: March 11, 2011 in Nota Kuliah

JADUAL WAKTU KULIAH BAGI PROGRAM PGSR MAC

18Januari2011

Posted: January 17, 2011 in Nota Kuliah

Alhamdulillah…saya berkesempatan uploads beberapa lagi bhn yg munkin boleh membantu KKBI/Assigments….silalah tengok2 dan gunapakai mana2 yg relevan…

Terima kasih.

 

Bahan Sokongan KKBI/Assigments

Posted: January 16, 2011 in Nota Kuliah

Alhamdulillah….saya dah terbitkan page baru bertajuk seperti di atas yang mana saya muatkan bahan2 sokongan dan bantuan untuk menyiapkan KKBI/Assigments di page tersbut…..kepada rakan2,yg relevan tu ambil & gunapakai…..yang tak relevan tu abaikan sajelah…..InsyaAllah saya akan muat naik/uploads some more later….

Harap dapat membantu.

Pembela di akhirat

Posted: January 16, 2011 in Nota Kuliah

Abu Umamah r.a. berkata : “Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur’an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur’an.”
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur’an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. ”
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, ” Kenalkah kamu kepadaku?” Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : “Siapakah kamu?”

Maka berkata Al-Qur’an : “Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.”

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur’an itu : “Adakah kamu Al-Qur’an?” Lalu Al-Qur’an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayahnya dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : “Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?”

>>Lalu dijawab : “Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur’an.”

Syafaat Al-Quran

Posted: January 16, 2011 in Nota Kuliah

Di sini ku kongsikan artikel dari blog seorang rakan dengan tujuan untuk kesedaran dan keinsafan kita bersama :

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw
bersabda
yang bermaksud:”Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf
yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya”. Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.
Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa “Apabila seseorang itu meninggal
dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih
kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat
pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : “Dia adalah kawanku. Aku tidakakan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya
sehingga aku membawanya masuk ke syurga!”Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: “Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat.” “Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi” Bila pertanyaan selesai, orang
yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat – malaikat dari syurga” Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan
sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah
lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan – amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.

Terima Kasih…

Posted: January 7, 2011 in Nota Kuliah

Assalamualaikum & salam sejahtera…

Saya ucapkan trima ksh kpd Huzaimah,Dyg & Beah kerana telah menjadi ahli web saya ini….Saya harapkan semua 30 ahli pgsrbmIPGMKRkohort2 akan menjadi ahli web saya ini, maka dengan itu saya mohon yg dah jadi ahli tu war-warknlah kpd rakan2 yg lum jadi ahli……

Usaha menghasilkan web ini adalah di atas rasa kshsyg dan persaudaraan yg tdk berblh bhg kepada semua rakan……Amat besar harapan saya utk melihat kita bersama2 berjaya di penghujg 2013 nanti..

01JANUARI2011

Posted: January 1, 2011 in Nota Kuliah

Assalamualaikum & Salam Perpaduan buat semua rakan……

Semoga tarikh cantik ini 010111 ini membawa keberkatan dan kebahagian berpanjangan………Ya Allah! Ya Rahman! Ya Rahim! Tuhan yang Mentadbir Sekalian Alam Segala Puji dan sanjungan sesuai dengan zatMu yang maha mulia Sempena Tahun baru Azam baru 2011,Engkau muliakanlah saudara-saudara dan sahabat-sahabatku.Kurniakanlah taufik dan hidayahMu serta inayahmu.Engkau ampunkanlah dosa-dosa mereka.Engkau teguhkanlah iman mereka.Murahkanlah rezeki mereka.Engkau kembangkanlah lembayung rahmatMu.Jauhkanlah mereka dari fitnah dan hasutan syaitan.Engkau bahagiakan keluarga mereka Amin ya Rabal a’lamin………..

 

Hello world!

Posted: December 31, 2010 in Nota Kuliah

Alhamdulillah…blog ini terhasil daripada setelah banyak kali saya mencuba menghasilkan blog……tanpa mengenal erti mengalah saya terus-terusan berusaha sehingga blog ini berjaya saya usahakan…..Moga blog ini dapat membantu usaha kita untuk mendapatkan segulung ijazah……